Thursday, March 22, 2012

akhirnya...

akhirnya...

akhirnya semalam tanggal 21 Mac 2012 aku berjaya juga lulus ujian bahagian pertama lesen memandu keta..waduh3 tired...stressssssss...jiwa kacau...selama ini menghantui hidupku...akhirnye mendung telah berlalu...bila ingat balik tak susah sebenarnya nak dapat lesen tapi aku ni kan gopoh! ...pesan pak cik hussin aku akan ingat sampai mati " bukan salah keta tapi ko tu yg tak reti kawal keta..."...betul apa dia kata...masa test tuh..aku memang kawal diri aku yang terkenal dgn kelamkabut dan gelojoh dan tergopoh gapah...keloloh...dsbg yang buruk2 lah...aku sabar dan aku kawal clutch betul2...dengan keta tu pun aku habaq kat dia hang kancil kena tolong aku lulus arini k...hang jgn buat pasai arini...alhamdulillah aku berjaya habiskan ujian bahagian pertama dengan slow n steady...sabar n buat pelan2..ornag jawa kata alon-alon...padahal cikgu aku dah pesan alon-alon rana...aku bantai gelojoh gak...hehehee sekarang baru aku sedar sikap aku tuh membawa keburukan pada diri aku sebenarnya..
aku juga sedar solat aku selama nih solat kategori gelojoh..aku tak solat dgn khusuk dan tertib ...laju jer aku solat... bapak aku selalu kata apa ko baca dalam solat dah lah macam caplin...laju semacam jer...aku tak pedulikan semua kata-kata tuh ...nah amik kau rasakan sekarang ...baru sekarang aku nak sedar... tapi nasib baik belum terlambat...cepat-cepat lah bertaubat.

p/s.. tak sbr nak bw keta p jln cr pasal...eh jalan2 cari pahala..
Terima kasih buat En Mohd Kama Parkir Maidin JPJ Sporting tuh...JPJ Selangor kalo semua JPJ mcm tuh mesti kami tak stress amik lesen...

Tuesday, February 21, 2012

lesen memandu 2012

Feb 2012...heheheh mula belajar memandu keta...motorsikal dah ada...menyesal dulu tak amik skali...sabar jer cikgu memandu nih ajar aku kan...heheheee dia suruh tekan brek aku tekan minyak...Ya Allah pertama kali bawa keta nervous nyer macam nyawa dihujung stereng...huh menitik peluh didahi...yer lah first time pegang stereng dah ner p bw ke jalan raya nasib baik tak masuk longkang...
apappun aku akan gigih berusaha demi mendapatkan lesen memandu keta!!!! AKU BOLEHHHHHHHHHHH

Tuesday, January 17, 2012

Sakit...

sakit...2-3 hari nie satu famili ner demam...cuma umairah jer tak demam...kental betul budak tuh...sakit...demam...selsema...sikit jer tuh...Allah baru tarik nikmat skit aku dah gelabah...adui...macam manalah agaknyer kalo ner sakit yang kronik...nauzubillah...Ya Rahman...jangan lah Kau berikan aku penyakit yang aku tak daya melawanyer...Ingat lima perkara sebelum lima perkara dan salah satu darinya ingatlah masa kita sihat sebelum kita sakit...ingatlah masa kita sakit sikit sebelum kita sakit teruk...astagfirullahalazim...ingat apa...ingatlah  Allah...

Thursday, January 12, 2012

Sabar...sebahagian dari Iman

ermmm kesabaran dalam membesarkan ank2 memang ner tahap lebih dari maksima...hanya pada Allah aku berserah dan aku cuba laksanakan tanggungjawab aku seterbaik mungkin...nasib baik ada suami sebagai penolong setia dalam urusan rumahtangga...sama2 rasa ler jawabnya...dan terima ksih juga buat ibuku yang banyak membantu...tanpa dia siapalah aku..selepas Allah dan nabi orang yang kita ner hormay ialah Ibu...Ibu...Ibu..dan barulah bapa...

 entry ni aku copy dari blog Fauzie Jasmani...soweeee

Bila Waktu Mustajab Nak Nasihatkan Anak-anak?

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
  1. Sebelum anak tidur.
  2. Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
  3. Selepas anak bangun tidur.
  4. Selepas anak mandi.
  5. Selepas anak solat.
  6. Selepas anak membaca al-Quran.
  7. Selepas anak berdoa.
  8. Selepas anak beriadah.
  9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).
Antara ayat-ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud:
“Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

Wednesday, January 11, 2012

Marah...

Kenapa kita marah...
bila marah kita nak buat apa untuk kawal marah kita...Astagfirullahalazim...aku memang kuat marah...sikap aku ni yang kuat hangin cpt naik angin cepat naik marah sampai aku tak tau macam mana nak kawal marah aku tuh...hangin jer rasa...

macam mana aku nak buang marah aku...macam mana aku nak buang hangin aku...kentut jer lah...





Monday, January 9, 2012

rindu...

Rindu itu adalah anugerah dari Allah...
Rindu nak balik umah tapi sabar jelah...tanggungjawab pada kerja mesti diutamakan terutama during ofis hour....heheheeh 8pg-5ptg..

Rindu kat anak-anak n family...tgk gmbar depa kat hp jer lah...

Semoga keluargaku sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah...aminnn...
Terima Kasih Ya Allah..alhamdulillah..










Friday, January 6, 2012

SKIM BARU...GAJI BARU...SEMANGAT BARU

Tahun nih skim baru diperkenalkan kepada penjawat awam, ringkasannya skim nih yang pastinya gaji naik...motifnyer gaji naik ...entah ler...tapi per yang penting wat lah kerja dengan elok supaya gaji yang kita dapat diberkati Allah...

2012

selamat tinggal 2011...selamat datang 2012..semoga tahun ini lebih ceria n murah rzki...rzki yang diberkati Illahi...

Tuesday, November 30, 2010

hari terakhir...

hari ini..hari terakhir bulan november bagi tahun 2010...

Adakah kita tergolong dikalangan manusia yang Islam dan beriman?...
Manusia yang beriman semestinya Islam...
tetapi manusia yang Islam tak semestinya beriman...
Dimanakah letaknya diriku ini?...

Thursday, October 7, 2010

kau syurgaku...

kau syurgaku...
Adakah aku layak menginginkanmu...apatah lagi memilikimu...
Aku rasakan diriku banyak kekurangan dan keburukan berbanding kebaikan...mampukah aku memilikimu...
Syurgaku...kau berada dekat denganku tetapi kurasakan aku jauh darimu...
Syurgaku...apa yang mampu dan patut aku lakukan demi untuk memilikimu...
Cukupkah apa yang aku lakukan selama ini...

Monday, September 20, 2010

kawan lama

Kawan lama…tetiba teringat kat depa semua…kawan masa sekolah rendah…kawan masa sekolah menengah…kawan masa kat U…entah kat mana depa semua la ni..yang ada still contact la ni cuma berapa kerat jer…entah hidup ntah mati…kemana mereka pergi…kawan..tak kekal lama…cantik tak kekal lama…muda tak selamanya…harta hanya didunia…apa yang ada pada aku?...bila aku mati nanti…

Friday, September 17, 2010

raya...

ramadan dah berlalu...raya pun dah tiba...cuti dah habis..ner lah naik keja..aduhhh masih dlm mood raya lagi nih...malas nak p keja...dah lah pagi td hujan lebat mencurah-curah...lega tgk pokok kat umah ner hujan...laman dibasahi hujan sejuk ckit...bdk2 plak sdp jer tido...tak sedar langsung...laki aku terus memeluk aku ketiduran...bangun2 dah pukul tujuh...apalagi cam lipas kudung aku dibuatnya...yeahhhh p keja naik keta..ye lah ujan...takkan nak naik moto lagi...hari nih gak budak2 2 first day ngan mama ani dia yelah sebulan puasa mak anjang dia jer yg jaga...terima kasih mak anjang..kami sayang mak anjang..

Letih raya tahun nih...2 hari sblm raya balik kedah lepas semayang raya balik shah alam ..transit jap ..tido satu malam ..pastu raya kedua baru balik johor...

apapun raya bila dah dewasa belia nih tak seronok pun...sbb ner bagi duit raya plak...hhahaha dah hukum karma...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ...

Wednesday, August 25, 2010

Balasan Allah?

Firman Allah:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30) Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (33) Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (34) Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (35)

Surah Al Baqarah ayat 30-35

MENGAPA AKU DICIPTAKAN OLEH ALLAH?

Ya Allah aku telah mendustaiMu…aku telah mengingkari perintahMu..aku selalu melupakanMu..aku selalu lalai pada suruhanMu yang menjadi kewajibanku dan tanggungjawabku sebagai hambaMu…Ya Allah aku tak layak masuk syurgaMu apatah lagi mencium bau syurgaMu…Ya Allah tapi aku tidak mahu masuk ke nerakaMu…apatah lagi melihat kemarakan api nerakaMu…Ya Allah aku ibarat pasir ditepian pantai..betapa kerdilnya aku disisiMu ketika mengadapMu di padang mahsyar…Ya Allah sememangnya Engkau Maha Melihat tapi aku takut Ya Allah..aku takut Kau tidak perasan akan kewujudan aku kerana kedaifan dan kekurangan amal ibadatku sebagai bekalan mengadapMu Ya Allah…adakah aku wujud dimataMu Ya Allah…aku miskin Ya Allah…diduniaMu ini aku miskin dan papa dengan amalan untuk bekalan di akhirat nanti..Ya Allah…kau jadikan aku khalifah dimukabumi ini tapi apa yang telah aku lakukan…Bumi ini adalah amanahMu padaku…keturunanku adalah amanahMu jua…tapi apa yang aku lakukan pada amanah-amanahMu ini Ya Allah…aku malu untuk mengadapMu Ya Allah aku tidak berani mendonggakan wajahku ketika mengadapMu Ya Allah…aku rela bersujud padaMu seumur hidupku Ya Allah..
Ya Allah selama ini aku terlalu mengajar duniaMu…aku lupa akhiratMu yang kekal abadi…Ya Allah walaupun pintu taubatMu sentiasa terbuka untukku tapi adakah aku mampu melangkah masuk ke pintuMu…
Ya Allah terlalu banyak kerosakkan dimuka bumi ini yang telah aku lakukan…gunung bukit bukau telah ku tarah..binatang2 dan tumbuhan ciptaanMu hancur musnah akibat kerakusanku…sungai yang dulu airnya jernih…menjadi tempat pembuangan sampah…kelab-kelab malam dan tempat maksiat tumbuh melata dimuka bumiMu ini…rumah ibadah, masjid dan surau tidak pernah sekali pun kakiku menjejakinya…Ya Allah siapalah aku disisiMu…Ya Allah masih kah kau sudi memandangku…harta-harta ku yang telah kau berikan kemana aku belanjakannya…Ya Allah kau berikanlah rahmatMu dan keredhaanMu untukku Ya Allah walau hanya sebesar zarah atau sebesar sebutir pasir cukup bagiku Ya Allah…
Ya Allah..bahasaMu…bahasa AlquranMu..tidak ku fahami…betapa jahilnya aku terhadap bahasa kekasihku…Ya Allah adakah aku layak menjadi kekasihMu setelah apa yang telah aku lakukan padaMu…aku sentiasa berlaku curang padaMu…aku melupakanMu…aku tidak merinduiMu..aku tidak bertanya khabarMu…aku jarang berkasih-kasihan denganMu…aku lalai dengan hiburan duniaMu…sedangkan kau hanya meminta untuk bertemu dgn ku 5 kali sehari..merindui dan mengingatiMu dengan berzikir namaMu…tapi aku lupa untuk melakukan semua itu…sedangkan telah kau berikan 24 jam sehari dalam hidupku…sedangkan pertemuan kita setiap kali tidak lah memakan masa yang lama…tetapi aku tetap lupa diri…lupa pada segala kebaikanMu…setiap kali aku melupakanMu Ya Allah kau sentiasa memaafkan aku..tapi apakah balasan aku terhadapmu Ya Allah…

APAKAH BALASAN KU PADA MU KERANA MENCIPTAKU…AKU HANYA MENANTI BALASANMU TERHADAP SEGALA PERBUATANKU…AMPUNI SEGALA DOSA-DOSAKU YA ALLAH..ASTAGFIRULLLAHALAZIM…

Monday, August 23, 2010

Pagi...

Bangun tido hari ni...alhamdulillah panjang lagi umur aku untuk arini ni...tgk muka bdk2 ni Ya Allah tenang nyer depa tidoq..umairah tertiarap...aiesya dah tergolek kat hujung katil...best nyer jadi diaorang...tak der masalah langsung...yer lah makan bersuap jer tak payah nak masak...pagi-pagi orang kata pintu rezki terbuka...apa kata kita mulakan hari ni dengan senyuman dan harapan agar hari ini kita dirahmati dan diberkati Allah hendaknya...

Friday, August 13, 2010

Ramadan..rana..

Hari ini dah masuk hari ketiga aku berpuasa…tahun lepas tak puasa sebulan sbb dalam pantang pastu menyusukan aiesya so..ada alasan tak posa…tapi ner ganti balik… masuk hari ini gak dah 9 hari mama ani tak jumpa umairah dan aiesya…cian budak buadak tu mesti rindu kat mama ani..mama ani tak boleh jaga diaorang sbb nuha dan naim sakit…anak sendiri sakit takkan nak jaga anak aku kan mestilah dia utamakan anak dia…memang lah aku yg susah ner gilir-gilir cuti jaga anak…nasib baik mak ada tlg jaga tapi nak posa dia ner balik kg jaga bapak aku pulak…aku import pulak adik ipar aku tlg jaga anak-anak aku…nasi baik ada diaorang leh tlg jaga anak-anak aku…cian kat kak ani..anak-anak dia sakit…hari ni hari dia esok lusa sapa tau hari aku. Allah nak menguji kita ner terima Qada dan Qadar Nya...

Ingat 5 perkara sebelum 5 Perkara:

Sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup sebelum mati...

Friday, August 6, 2010

Denggi...

huh...satu lagi wabak yang tak dapat dimusnahkan...secanggih mana perubatan kita masih tak dapat membendung kes denggi ni...nyamuk..nyamuk kalo dulu kerana nyamuk habis kelambu ne bakar tapi la ni kerana nyamuk habis kita ner denggi...

Rabu lepas...anak kak ani ..Nuha ner denggi masuk hospital klang..nasib baik mak ada kat umah le la jaga bdk2 kalo tak aku ner cuti lagi...kak ani the best nany..aku sayangkan dia aku dah anggap dia macam akak aku...dia jaga anak aku dgn baik sangat...lebih dari aku menjaga anak2 aku... cian dia Nuha sakit...kami nak p tgk tapi hospital tak bagi orang luar masuk wad kanak-kanak. mungkin ada kes budak ne culik kot..

harap-harap Nuha cepat sembuh...cian dia dah lah nak dekat exam, puasa lagi...

PERANGI DENGGI...MUSNAHKAN NYAMUK!!!!!!!!!!!!!FUMAKILA....

Wednesday, August 4, 2010

mak...

Tak sabar balik umah..hehehe mak ada kat umah..yeyeah nak balik cepat..
Teringat masa kecik2 n bujang..dok ngan mak n abah..balik sekolah ..tinggal makan jer mak dah masak ..la ni aku pulak ner masak..heheh yer lah dah jadi mak orangkan..
Mak..mak..mak..kekadang rindu gak balik umah n panggil mak n tanya mak masak per arini.. tapi la ni…ayang nak masak per malam ni…suami aku pulak dah tanyer kat aku…
Lagi lima tahun anak-anak aku pulak tanyer mama masak per malam ni…
Lagi dua puluh tahun aku pulak tanya anak - anak aku masak per korang arini …

Wednesday, July 28, 2010

HATI?

Sabar dan beristigfar lah banyak-banyak…
Cinta, dendam, cemburu, irihati, suka,gembira, marah, benci macam-macam lagi lah yang HATI kita boleh rasa..betul tak?
Bila cinta semua indah…
Bila rindu rasa pilu..
Bila marah rasa benci..
Bila cemburu rasa dengki…
Semua ni berpunca dari HATI…HATI lah anggota badan yang paling penting sekali..apa yang kita lakukan semua kerana HATI..pada aku hati adalah penghulu anggota badan kita..sebab tu ada perkataan SUKAHATI AKULAH..yer lah dia buat ikut HATI dia…tangan dia mencuri siapa yg gerakkan tangan nak mencuri kalau bukan HATI yang niat nak menncuri…HATI-HATI dan PERHATI …asal dari perkataan HATI...
Apa yang aku boleh kata…bila kita mula rasa keburukan dalam HATI kita…cepat2lah beristigfar…sekurang2nya kita dapat mengawal hati kita…kerana keburukan perasaan hati kita akan mengakibatkan penyesalan dalam hidup kita..fikirlah …

Monday, July 26, 2010

adoiiiiiiiiiiiiiiiiii...Dugaaann...

Ya Allah...motor pancit plak nak balik nih...cian anak-anak aku lambat lah amik diaorg arini..letih lah dah lah cuti hujung minggu lps tak best langsung...per yang dirancang semua tak jadi...macam-mcamlah jadi..entahlah mungkin semua nih dugaan Allah buat aku...baru sikit Dia bagi dugaan aku dah melatah..langsung tak reti muhasabah...bukan rezki aku agaknya..

Huh..what ever happen...hidup mesti diteruskan..berusaha demi keluarga dan kerjaya...

Umairah...Aiesya...sabar ek mama balik lmbat ckit arini ek sayang...semoga hari-hari yang mendatang Allah berikan kita kebahagiaan dan keredhaan..sayang anak-anak mama...sayang abang gak..gatal plak aku nih...

ckp pasal sayang...KASIH SAYANG...apa yang aku faham pasal kasih sayang...yang aku tau untuk mendapat kasih sayang kita kena lakukan pengorbanan tapi tak lah smpi korban body demi cinta...biasalah tuh budak2 zaman sekarang...hanyut sbb cinta..entah lah apa nak jadi dgn dunia la ni...la ni depa nak buka sekolah buat pelajar-pelajar yg mengandung...ari tu buka umah utk baby yg terbuang...dia org ni tak fikir ker perbuatan diaorang ni akan menyebabkan anak yang terhasil tuh mempunyai masa depan yg gelap...tapi tak semestinyer gak adalakala nyer anak yg mcm ni berjaya tapi cuba bayangkan kalo anak perempuan pastu depa nak kawin cam ner hukumnyer tuh...Ya Allah lindungilah anak-anak ku...

Pada aku sebagai ibu dan bapa kita perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada anak-anak..ketika inilah mereka memerlukan sokongan kita...kita bantu mereka..kita pulihkan hidup mereka...sokongan dan bimbingan kita akan memberi mereka keinsafan tentang kasihsayang kita...pada waktu inilah kita tunjukan kasih sayang kita bukannya kemarahan dan sumpah seranah...apa yang perlu kita perbaiki kesilapan tersebut supaya ia tidak menjadi lebih buruk lagi...

Ya Allah lindungilah anak-anak ku...dari segala kemungkaran dan kemaksiatan duniamu ini...

Friday, July 23, 2010

Hak isteri kepada suami...

hari jumaat nie...rehat panjang...tak tau nak p mana lepak jer lah kat ofis..buka tv..tgk Al-Kuliyah..nak dgr kuliyah kat masjid entah bila aku nak p...tgk jer la kat tv nih..

Hak isteri pada suami..ustaz Zulkarnain yang ckp..suami ada hak pada isteri, isteri pun ada hak pada suami tapi cerita hak suami pada isteri dia dah cerita minggu lps..

minggu ni dia cerita pasal hak isteri pada suami..Sebagai isteri kita ner patuh pada perintah Allah dan rasul..maksudnye jauhi diri dari segala larangan Allah..mencari yang halal dan menjauhi yang haram...isteri juga mesti patuh pada suami selagi tidak melanggar ajaran Islam...maksudnya menjaga harta suami..termasuklah anak2..dsbb kan itu hak penjagaan anak diberikan pada isteri bila bercerai...atau mak sebelah isteri atau adik beradik perempuan isteri...ini kerana mereka mempunyai konsep pendidikan dan ajaran yang sama..cthnya cara nenek mendidik ibu akan menjadi cth ibu mendidik anaknyer pula..cara mereka dah tentu sama...
isteri mestilah selalu menyenangkan hati suami..wanita perlu sentiasa bermuhasabah diri..untuk kita mengetahui kelebihan dan keburukan diri kita..

tapi aku nih tak boleh muhasabah diri...aku ni emosi sangat lagi lagi kalo aku tanya suami aku hari nih aku da buat salah ker...apa yang aku buat hari ni utk dia ...aku masak sdp ke tak..huh bila dia kata aku itu...aku ini..lbh banyak kekurangan dari kebaikan mula lah aku merajuk...huh...teruk gak perangai aku nih...sabar jer lah suami aku tuh..aku nih dah lah degil...pemalas plak tuh...sori abang..tapi nak wat camner abang..dah berpuluh tahun aku hidup dgn gaya cam ni...so amik masa lah kalo nak berubah..hahahah nmpk tak kedegilan aku..hahaha TAK NAK BERUBAH..iskh..iskh..HIJRAH LAH OIIIIIIIII..ok next year punya azam...HIJRAH KEPADA KEBAIKAN...eh aku pun baik gak selama ni tau...hahaha saja puji diri sendiri..

hari hari makan lauk hati,(tak kesah lah hati ayam ker lembu ker..)
hari hari gak wat suami sakit hati.
Cinta Allah cinta sejati,
Cintaku pd suami smpi ke matiiiiiiiiiiiii....