Thursday, January 12, 2012

Sabar...sebahagian dari Iman

ermmm kesabaran dalam membesarkan ank2 memang ner tahap lebih dari maksima...hanya pada Allah aku berserah dan aku cuba laksanakan tanggungjawab aku seterbaik mungkin...nasib baik ada suami sebagai penolong setia dalam urusan rumahtangga...sama2 rasa ler jawabnya...dan terima ksih juga buat ibuku yang banyak membantu...tanpa dia siapalah aku..selepas Allah dan nabi orang yang kita ner hormay ialah Ibu...Ibu...Ibu..dan barulah bapa...

 entry ni aku copy dari blog Fauzie Jasmani...soweeee

Bila Waktu Mustajab Nak Nasihatkan Anak-anak?

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
  1. Sebelum anak tidur.
  2. Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
  3. Selepas anak bangun tidur.
  4. Selepas anak mandi.
  5. Selepas anak solat.
  6. Selepas anak membaca al-Quran.
  7. Selepas anak berdoa.
  8. Selepas anak beriadah.
  9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).
Antara ayat-ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud:
“Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

No comments:

Post a Comment