Wednesday, August 25, 2010

Balasan Allah?

Firman Allah:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30) Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (33) Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (34) Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (35)

Surah Al Baqarah ayat 30-35

MENGAPA AKU DICIPTAKAN OLEH ALLAH?

Ya Allah aku telah mendustaiMu…aku telah mengingkari perintahMu..aku selalu melupakanMu..aku selalu lalai pada suruhanMu yang menjadi kewajibanku dan tanggungjawabku sebagai hambaMu…Ya Allah aku tak layak masuk syurgaMu apatah lagi mencium bau syurgaMu…Ya Allah tapi aku tidak mahu masuk ke nerakaMu…apatah lagi melihat kemarakan api nerakaMu…Ya Allah aku ibarat pasir ditepian pantai..betapa kerdilnya aku disisiMu ketika mengadapMu di padang mahsyar…Ya Allah sememangnya Engkau Maha Melihat tapi aku takut Ya Allah..aku takut Kau tidak perasan akan kewujudan aku kerana kedaifan dan kekurangan amal ibadatku sebagai bekalan mengadapMu Ya Allah…adakah aku wujud dimataMu Ya Allah…aku miskin Ya Allah…diduniaMu ini aku miskin dan papa dengan amalan untuk bekalan di akhirat nanti..Ya Allah…kau jadikan aku khalifah dimukabumi ini tapi apa yang telah aku lakukan…Bumi ini adalah amanahMu padaku…keturunanku adalah amanahMu jua…tapi apa yang aku lakukan pada amanah-amanahMu ini Ya Allah…aku malu untuk mengadapMu Ya Allah aku tidak berani mendonggakan wajahku ketika mengadapMu Ya Allah…aku rela bersujud padaMu seumur hidupku Ya Allah..
Ya Allah selama ini aku terlalu mengajar duniaMu…aku lupa akhiratMu yang kekal abadi…Ya Allah walaupun pintu taubatMu sentiasa terbuka untukku tapi adakah aku mampu melangkah masuk ke pintuMu…
Ya Allah terlalu banyak kerosakkan dimuka bumi ini yang telah aku lakukan…gunung bukit bukau telah ku tarah..binatang2 dan tumbuhan ciptaanMu hancur musnah akibat kerakusanku…sungai yang dulu airnya jernih…menjadi tempat pembuangan sampah…kelab-kelab malam dan tempat maksiat tumbuh melata dimuka bumiMu ini…rumah ibadah, masjid dan surau tidak pernah sekali pun kakiku menjejakinya…Ya Allah siapalah aku disisiMu…Ya Allah masih kah kau sudi memandangku…harta-harta ku yang telah kau berikan kemana aku belanjakannya…Ya Allah kau berikanlah rahmatMu dan keredhaanMu untukku Ya Allah walau hanya sebesar zarah atau sebesar sebutir pasir cukup bagiku Ya Allah…
Ya Allah..bahasaMu…bahasa AlquranMu..tidak ku fahami…betapa jahilnya aku terhadap bahasa kekasihku…Ya Allah adakah aku layak menjadi kekasihMu setelah apa yang telah aku lakukan padaMu…aku sentiasa berlaku curang padaMu…aku melupakanMu…aku tidak merinduiMu..aku tidak bertanya khabarMu…aku jarang berkasih-kasihan denganMu…aku lalai dengan hiburan duniaMu…sedangkan kau hanya meminta untuk bertemu dgn ku 5 kali sehari..merindui dan mengingatiMu dengan berzikir namaMu…tapi aku lupa untuk melakukan semua itu…sedangkan telah kau berikan 24 jam sehari dalam hidupku…sedangkan pertemuan kita setiap kali tidak lah memakan masa yang lama…tetapi aku tetap lupa diri…lupa pada segala kebaikanMu…setiap kali aku melupakanMu Ya Allah kau sentiasa memaafkan aku..tapi apakah balasan aku terhadapmu Ya Allah…

APAKAH BALASAN KU PADA MU KERANA MENCIPTAKU…AKU HANYA MENANTI BALASANMU TERHADAP SEGALA PERBUATANKU…AMPUNI SEGALA DOSA-DOSAKU YA ALLAH..ASTAGFIRULLLAHALAZIM…

Monday, August 23, 2010

Pagi...

Bangun tido hari ni...alhamdulillah panjang lagi umur aku untuk arini ni...tgk muka bdk2 ni Ya Allah tenang nyer depa tidoq..umairah tertiarap...aiesya dah tergolek kat hujung katil...best nyer jadi diaorang...tak der masalah langsung...yer lah makan bersuap jer tak payah nak masak...pagi-pagi orang kata pintu rezki terbuka...apa kata kita mulakan hari ni dengan senyuman dan harapan agar hari ini kita dirahmati dan diberkati Allah hendaknya...

Friday, August 13, 2010

Ramadan..rana..

Hari ini dah masuk hari ketiga aku berpuasa…tahun lepas tak puasa sebulan sbb dalam pantang pastu menyusukan aiesya so..ada alasan tak posa…tapi ner ganti balik… masuk hari ini gak dah 9 hari mama ani tak jumpa umairah dan aiesya…cian budak buadak tu mesti rindu kat mama ani..mama ani tak boleh jaga diaorang sbb nuha dan naim sakit…anak sendiri sakit takkan nak jaga anak aku kan mestilah dia utamakan anak dia…memang lah aku yg susah ner gilir-gilir cuti jaga anak…nasib baik mak ada tlg jaga tapi nak posa dia ner balik kg jaga bapak aku pulak…aku import pulak adik ipar aku tlg jaga anak-anak aku…nasi baik ada diaorang leh tlg jaga anak-anak aku…cian kat kak ani..anak-anak dia sakit…hari ni hari dia esok lusa sapa tau hari aku. Allah nak menguji kita ner terima Qada dan Qadar Nya...

Ingat 5 perkara sebelum 5 Perkara:

Sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup sebelum mati...

Friday, August 6, 2010

Denggi...

huh...satu lagi wabak yang tak dapat dimusnahkan...secanggih mana perubatan kita masih tak dapat membendung kes denggi ni...nyamuk..nyamuk kalo dulu kerana nyamuk habis kelambu ne bakar tapi la ni kerana nyamuk habis kita ner denggi...

Rabu lepas...anak kak ani ..Nuha ner denggi masuk hospital klang..nasib baik mak ada kat umah le la jaga bdk2 kalo tak aku ner cuti lagi...kak ani the best nany..aku sayangkan dia aku dah anggap dia macam akak aku...dia jaga anak aku dgn baik sangat...lebih dari aku menjaga anak2 aku... cian dia Nuha sakit...kami nak p tgk tapi hospital tak bagi orang luar masuk wad kanak-kanak. mungkin ada kes budak ne culik kot..

harap-harap Nuha cepat sembuh...cian dia dah lah nak dekat exam, puasa lagi...

PERANGI DENGGI...MUSNAHKAN NYAMUK!!!!!!!!!!!!!FUMAKILA....

Wednesday, August 4, 2010

mak...

Tak sabar balik umah..hehehe mak ada kat umah..yeyeah nak balik cepat..
Teringat masa kecik2 n bujang..dok ngan mak n abah..balik sekolah ..tinggal makan jer mak dah masak ..la ni aku pulak ner masak..heheh yer lah dah jadi mak orangkan..
Mak..mak..mak..kekadang rindu gak balik umah n panggil mak n tanya mak masak per arini.. tapi la ni…ayang nak masak per malam ni…suami aku pulak dah tanyer kat aku…
Lagi lima tahun anak-anak aku pulak tanyer mama masak per malam ni…
Lagi dua puluh tahun aku pulak tanya anak - anak aku masak per korang arini …